Madiinaaa 👫👄

Daisypath Anniversary tickers

Like Sini ^_^

23 August 2014

10 Cara Mengatasi Masalah Malas


10 cara mengatasi masalah malas ? Hurm macam menarik jee kan topik nii ? Tak dinafikan Nana sendiri as a student University ada penyakit Malas nii . Lagi lagii bab bab study nii , adoiyy kna tunggu mood sampai baru nak study , kadang kadang kan mood tak pernh laa sampai , alahhhaii tak tauu laa cheq nak buat laguu mana dengan penyakit nii .. So disebabkan penyakit Malas Nana nii makin menjadi jadi, so nak share laa ngan korang sekali cam mana cara nak atasi penyakit nii , kita tak boleh kedekut ilmu kan ? haha xP .

 Malas belajar, malas buat kerja sekolah, malas buat ulangkaji, bahkan nak solat pun malas. Sifat malas memang penyakit yang sangat kronik dan sukar diubati. Kalau kamu semua ada sifat ini, bermakna kamu semua mempunyai satu masalah yang serius. Tapi jangan risau kerana sifat malas ini boleh diatasi. Jom tengok tips-tips yang Nana kongsikan kat bawah nii :

1) Amalkan doa mengelak diri dari malas
2) Ingat sasaran dan matlamat diri anda
3) Teknik 10 Minit Aje
4) Banyak membaca bahan motivasi
5) Susun dan mudahkan jadual anda
6) Rehat dan tidur yang cukup
7) Bersenam dan beriadah
8) Berkawan dengan orang yang positif
9) Amalkan teknik pernafasan
10) Suarakan moto anda

Nii Nana nak share ada satu doa yang boleh kita amalkan untuk menghindari kita dari sifat malas nii . Inshaa Allah boleh kita sama sama amalkan :)

Sebenarnya, apabila kita berdoa kepada Allah (S.W.T), itu menunjukkan bahawa kita memang bersungguh-sungguh untuk berubah. Doa dan kesungguhan itulah yang akhirnya akan menggerakkan seluruh tubuh badan kita untuk berubah menjadi rajin.
Contohnya jika kita rasa malas ke sekolah, kuliah, kerja di waktu pagi, kita akan terfikir bahawa selepas solat subuh tadi kita baru sahaja berdoa supaya terhindar dari sifat malas. Jadi secara automatik, kita akan membuang segala perasaan malas kita.
Haa jadi itu lah serba sikit ilmu yang boleh Nana kongsikan kat korang semua . Inshaa Allah kalau kita amalkan selalu hilang laa penyakit Malas kita semua . Haha selamat beramal :D


Terima kaseh kerana sudi membaca. LIKE laa kalau suke TWEET saya pun boleh ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...