
Info Sambutan Maal Hijrah 1434h
sambutan Maal Hijrah ini merupakan kesinambungan dalam memperingati dan menghayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah yang telah mengubah senario dan lanskap dunia. Umat Islam pada ketika itu telah berubah daripada umat yang ditindas kepada umat yang kuat dan gagah dan mampu memerintah dan mentadbir Madinah sekaligus memiliki kerajaan sendiri. Makanya umat Islam telah bebas bergerak menyampaikan dan mengembangkan dakwah Islam ke mana sahaja.
Haa kawan kawan jangan lupa bace doa Akhir Tahun dan Awal Tahun nieyh yee , semoga kehidupan kite lebih diberkati oleyh ALLAH SWT =)
Doa akhir tahun ini dibaca tiga kali pada akhir waktu asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah . Sesiapa yang membaca doa ini , Syaitan berkata :
" Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua , dengan sebab membaca doa ini , Allah ampunkan dosanya setahun "
Doa awal tahun dibaca tiga kali selepas maghrib pada malam satu Muharram . Sesiapa yang membaca doa ini , Syaitan berkata :
" Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan "
SALAM MAAL HIJRAH 1434H BUAT SEMUA =)
Tweet





No comments:
Post a Comment